Sunday 21 August 2016

Sihir Pembenci

Akibat dari tindakan ketidakpuasan hati atau dendam, setiap orang berhadapan dengan risiko di sihir atau biasa disebut sebagai terkena buatan orang.

Namun dalam entri ini penulis tak maksudkan secara umum seperti santau dan saka. Ianya berkisar kepada masalah gangguan jin akibat dari kesan sihir atas perbuatan orang yang menghantar sihir tersebut.

Anda perlu faham tiga istilah berbeza antara disihir, gangguan makhluk halus yang ditinggalkan dan saka. 

Sihir lebih umum yang mana termasuk juga santau. Namun dalam artikel ini kupasan hanya terdiri dari masalah sihir pembenci yang mengganggu mangsa.

Terdapat beberapa faktor tertentu yang mendorong pendendam menghantar atau mengupah bomoh tertentu untuk merosakan seseorang sebagai mangsa dengan niat supaya mangsa dibenci oleh orang lain sekelilingnya.

Akan tetapi, kesan ini mengambil sedikit masa tertentu kerana sebelum maksud perbuatannya menjadi kenyataan atau terkesan, terdapat proses tertentu yang menjadi gangguan kepada mangsa.

Tanda kena sihir dan gangguan jin

Terdapat beberapa tanda yang boleh dikenalpasti apabila seseorang itu terkena sihir. Biasanya peringkat permulaan kurang jelas.

Namun lama-kelamaan mangsa boleh tahu dengan jelas akan tetapi pada peringkat ini mungkin juga makhluk yang dihantar boleh menutup mulut simangsa atau tahap ketidakpercayaan mangsa kepada perkara ini sangat menebal.

Mangsa akan berfikir perkara ini seperti tidak logik, tak masuk akal dan sesuatu yang mengarut. Mungkin semua yang diceritakan hanyalah suatu kebetulan dan menganggap dirinya masih ok.

Tanda permulaan sihir pembenci

Sebelum jin dapat masuk ke dalam badan beberapa siri menakutkan akan dialami oleh mangsa pada setiap malam.

Hampir atau setiap malam, mangsa akan diganggu dengan kepelbagaian jenis dan rupabentuk makhluk halus serta gangguan yang berlainan dan juga berulangan dengan cara yang sama atau hampir sama.

Atau setidak-tidaknya mimpi pada waktu malam yang menakutkan seperti temui lembaga menakutkan, berada dibangunan usang yang menakutkan, jatuh dari tempat tinggi, terjun bangunan, dikejar oleh makhluk yang menakutkan dan pada waktu itu anda boleh terbang untuk selamatkan diri.




Antara bentuk gangguan jin adalah:

a) datang berhadapan dan bercakap ego
b) menindih badan, kebiasaan apabila mangsa tidur dengan cara lain selain melintang
c) tidur bersama mangsa sambil menepuk dodoi menidurkan mangsa meskipun mangsa belum terlena lagi
d) mengganggu sehingga mangsa tak dapat lelapkan mata dan menjadi takut
e) menampar mangsa yang sedang tidur
f) mencium mangsa yang sedang tidur
g) mengejutkan mangsa yang sedang tidur lena
e) mengejutkan mangsa yang hampir lena. Biasa tindakan ini dibuat beberapa kali sehingga mangsa serik untuk tidur lagi pada malam itu
h) dan pelbagai cara lagi sebelum dapat masuk kedalam badan mangsa. Proses ini akan berulang-ulang dengan makhluk yang berlainan bentuk. Sekiranya makhluk-makhluk ini gagal, akan datang makhluk seperti iblis (ya, mungkin itu adalah iblis) lebih tinggi berwarna hijau biru dan berekor seperti anak panah.

Pada setiap malam, terdapat hanya sejenis atau satu bentuk makhluk halus yang akan datang kepadanya dan mengganggu tidur simangsa. Contohnya:

a) lembaga hitam yang besar
b) lembaga putih yang besar dan botak
c) wanita tua putih yang berkeredot mukanya
d) wanita tua putih berkeredot mukanya dengan gigi siong yang telah patah kedua-duanya
e) wanita tua yang mempunyai muka putihnya yang berbintik-bintik sebesar seinci atau lebih kecil dari itu. Bintikan yang seakan-akan kemerahan dan lain-lain.
f) lelaki yang berpakaian ala bangsa cina pada zaman dahulu
g) lelaki yang lengkap berpakaian seperti pahlawan melayu pada zaman dahulu

Dan berbagai lagi bentuk dan rupa makhluk halus lainnya. Pada peringkat ini, mangsa sudah kelihatan lain dari kebiasaan dan takut apabila malam hampir menjelma (antara selepas asar dan sebelum maghrib).

Tanda dan kesan kepada mangsa

Mangsa mampu hidup seharian seperti biasa dan seperti orang biasa. Namun tingkah lakunya kadang-kadang diluar kawalan. Mangsa dapat tahu setelah perbuatan dan tindak-tanduknya tidak disenangi oleh orang lain.

Perbuatan sedemikian berulangan pada individu dan tempat yang berlainan pada situasi yang lain. Perkara ini berlaku hampir setiap orang yang ditemuinya.

Cara dan bentuk kejadian yang berlainan menyebabkan mangsa keliru, pening dan tak gembira. Mangsa akan menderita akibat dari sikap orang lain yang memulaukan dan menjauhkan diri mereka serta tidak melayan lagi mangsa kerana membencinya.

Bagi sesetengah orang, dapat melihat makhluk tersebut. Maksud disini, orang lain yang memerhatikan mangsa dari jauh dan mangsa sedang menghala atau menuju kepadanya, mungkin perasan yang mangsa sedang diikuti oleh orang lain yang tak dikenali dan bila dah dekat orang yang mengikutinya dari belakang tadi sudah menghilang atau tak kelihatan lagi. 

Orang yang tak dikenali tadi mungkin makhluk jin yang sentiasa berada bersamanya untuk selamanya. Sekiranya dibiarkan berlarutan lama-kelamaan mangsa mulai malas sembahyang wajib dan ibadat-ibadat yang lain.

Kadang-kadang mangsa dapat merasai ada sesuatu merayap pada kulitnya dibahagian antara atas belakang hingga ke tengkuk dan kedua-dua bahu serta lengan.

Disinilah kedudukan makhluk jin yang telah berjaya masuk ke dalam badan manusia. Pada masa ini, ia bebas masuk dan keluar pada bila-bila masa.

Akan wujud juga bisikan-bisikan dari dalam hati berkenaan sesuatu keputusan yang difikirkan mangsa. Dipercayai bisikan ini bagi mendorong mangsa kearah membuat keputusan yang memberi kelebihan kepada makhluk berkenaan.

Salah satu masalah fizikal kepada mangsa adalah kerap terasa lenguh-lenguh pada sendi khususnya dibahagian lengan ke siku. Bebanan ini dapat dirasai sehingga ke jari-jemari. Mangsa akan rasa sebelah tangan sahaja manakala sebelah lagi ok, pada hari yang lain beliau merasa pada sebelah lain pula. Hari ni kiri, esok atau lusa sebelah kanan pula, begitulah seterusnya.

Kadang-kadang mangsa juga mengalami rasa seperti sesuatu merayap diantara kulitnya antara bahagian atas belakang kekiri dan kekanan belakang hingga ke lengan kiri dan kanan. Rasa sesuatu merayap didalam kulit tersebut hanyalah sekejab sahaja dan sedikit sahaja. Ianya berlaku tanpa dijangka dan lama-lama sekali. Mungkin ada mangsa yang tak perasan perkara ni.

Wujud juga mulut dan nafas berbau lebih kuat dari biasa. Faktor ini adalah penyumbang utama orang lain akan menjauhkan diri dari mangsa. Tak dapat dibayangkan jika manusia itu nafas mulutnya berbau seperti bangkai disertai ketiaknya yang mengeluarkan bahan yang menampakan kekuningan pada bajunya dibahagian ketiak, terutama jika berbaju putih. Masalah ni sudah tentu mangsa mempunyai bau badan yang sangat kuat.

Memang tak logik, mangsa tu tak pakai minyak wangi dan mandi bersabun kot. Pengaruh jin akan mengawal emosi mangsa untuk tidak menjaga kesihatan sedemikian. 

Perkara fizikal akhir ni adalah tiada kaitan langsung dengan jin. Tapi penulis mempercayai ada kaitannya sebab sesuatu masalah itu direkabentuk makhluk halus dan mengelirukan. Sekiranya mangsa mempunyai sedikit masalah sedung, pada ketika ini beliau akan merasai sedung (resdung) beliau bertambah teruk seperti berminyak, gatal dan lain-lain.

Masalah malu segan dan menjadi pemalu yang pelik atau melebihi tahap malu manusia biasa. Ini antara faktor mistik tetapi diadaptasikan menjadi masalah dalam dunia nyata. Nilah menyebabkan sukar untuk dipercayai dan tak masuk akal.

Lain-lain perbezaan anda boleh rujuk kepada ustaz dan pengamal perubatan islam dari Darul Shifaq berdekatan anda. Mereka boleh senaraikan ciri-ciri terkena sihir buatan atau kebetulan.

Masalah diatas akan berlaku dari masa ke semasa sepanjang hidupnya selagi tak diubati oleh pengamal perubatan tradisional atau perubatan islam.

Tanda gangguan jin dalam badan

Tanda kena sihir pada seseorang mudah diketahui. Cara mudah adalah bacakan ayat suci alquran dihadapannya. Nescaya mangsa tak senang duduk sebab beliau dapat merasai belakang beliau panas dan semakin panas. Beliau akan meraba-raba dibelakangnya dan hairan sebab kepanasannya semakin kuat.

Pada ketika ini, mangsa sebenarnya perlukan satu individu sebagai pihak ketiga untuk membawa beliau berubat secara tidak sengaja atau tanpa pengetahuannya.

Maksudnya, individu itu mengajak mangsa ke sesuatu tempat untuk simangsa itu membantunya. Apabila sampai ke destinasi, secara langsung barulah mangsa tahu rupanya dirinya yang akan dirawat. Pada ketika ini, perawat mampu mengunci keputusan mangsa yang biasanya hasil dari dorongan jin untuk tidak mempercayai dan tak mahu berubat. 

Tahap diatas biasanya hanya ahli keluarga yang dapat membantu untuk berubat dengan suatu helah. 

No comments:

Post a Comment